Tuesday, February 1, 2022

Singleguava

 

 

https://bit.ly/3GbNeqp

 

 

 

 

 


abd kadir nawal

 

Monday, August 30, 2010

Bagaimana Ramadhan kamu adik-adikku?

Ustazah bersama pelajar tingkatan 2 di Perlis.


Assalamualaikum wrht.

Adik-adik pelajar yang ustazah kasihi, ingin sekali ustazah ucapkan Selamat Beramal Ibadah di penghujung Ramadhan ini. Usah dilebihkan sambutan Syawal sehingga mengabaikan Ramadhan. Ustzah kongsikan pengisian tentang Ramadhan ini dengan kalian yang ku cintai kerana Allah.

Ramadhan.

Ya. Ramadhan adalah suatu bulan yang sering dilambangkan seperti musim bunga bagi umat Islam. Mengapa? Kerana di dalamnya terdapat pelbagai keistimewaan yang perlu direbut oleh setiap insan. Rahmat,maghfirah,kasih-sayang Allah melimpah ruah di dalam bulan ini. Maka, rugilah bagi mereka yang mensia-siakan bulan Ramadhan ini.

Ramadhan ialah bulan reformasi Ruhi.

Ramadhan ialah bulan peningkatan spritual.

Ramadhan ialah bulan untuk berJIHAD melawan hawa nafsu.

Ramadhan merupakan bulan menJINAKkan hawa nafsu.

Sering kita mempersalahkan 'syaitan' apabila kita tersalah langkah, kita mengantuk, kita malas, kita marah dan sebagainya. Namun di bulan Ramadhan, Allah membantu kita dengan mengikat syaitan dan iblis. Soal diri kita, adakah perangai lama masih ada dalam diri? Apakah kita lebih sabar, lebih rajin, lebih pemurah dan pendek kata lebih baik pada bulan Ramadhan? Jika Ya, Alhamdulillah. Namun jika Tidak, nampaknya syaitan telah berjaya melatih hawa nafsu kita selama 11 bulan. Tanya diri lagi, apakah USAHA kita untuk mengikis perangai yang telah ditanam dalam diri kita?

Sedarlah diri bahawa bulan ini adalah satu-satunya bulan untuk kita mengasuh hawa nafsu, menundukkanya dan mendidiknya agar mengikut perintah Allah dan meninggalkan laranganNya. Bulan ini berfungsi sebagai bulan meningkatkan bacaan al-Quran,menambahkan rakaat solah, memperbanyakkan sedeqah dan aktif bekerja untuk membersihkan diri daripada nafus syahawat. Berbekalkan kesungguhan, insya Allah kita akan berjaya mengendalikan kecenderungan jahat yang ada dalam diri kita,biiznillah.

Pesanku pada diri dan sahabat-sahabat, bulan Ramadhan membawa kita kepada suatu daerah untuk merombak perut yang kemaruk dan syahwat yang bergelora, membawa kita jauh daripada akhlak yang buruk dan jahat, serta menghilangkan jiwa yang lemah dan roh yang terkebelakang. Mengikis sifat buruk kita yang sering terpedaya dengan kehidupan dunia dan Ramadhan adalah medan untuk mengikis sifat ego dan perpecahan dalam masyarakat kita. Maka, marilah kita sama-sama bahu membahu dalam melakukan kebaikan agar jiwa kita bersatu dalam suasana yang dapat menyubur keimanan kepada Allah swt.

Kini kita sudah berada dalam fasa ketiga Ramadhan iaitu 10 malam terakhir. Di dalam sepuluh malam terakhir ini terdapat satu malam yang sangat special yang Allah janjikan kepada hamba-hambaNya yang taat menundukkan diri kepadaNya. Malam itu adalah malam Lailatul Qadar yang mana ibadah yang dilakukan pada waktu itu menyamai ibadah selama seribu bulan. Subhanallah. Tinggi kasih Allah pada hamba-hambaNya. Marilah kita sama-sama memperkuatkan diri di 10 akhir Ramadhan ini untuk mencari malam MULIA ini.

Ramadhan, sungguh kita akan merinduinya apabila ia berlalu. Justeru manfaatkanlah Ramadhan sementara ia masih bersama kita kerana kita tidak tahu apakah umur kita akan panjang sehingga muncul Ramadhan yang akan datang.

Ampunkan aku Ya Allah andai ada salah dalam perkataanku..Kuatkanlah dan cekalkanlah hati kami Ya Allah dalam menunaikan perintahMu.

" Ya Allah, janganlah kau pesongkan hati kami setelah kau beri petunjuk kepada kami, berilah kepada kami rahmat, sesungguhnya Maha Pemberi Kurnia".

Semoga adik-adik semua selalu dalam redha dan kasih-sayang Allah swt.

Ustazah masih ingat pada kamu semua..

Moga terus bermotivasi untuk belajar kerana Allah dan cemerlang dalam SPM dan PMR...

Gambatte!!

Thursday, May 13, 2010

KAMU yang ustazah rindu

Assalamualaikum wrht.

Dah lama sebenarnya ustazah merancang untuk menulis khabar berita ustazah di sini, tp tak kesampaian dengan kekangan2 yang ada. Hari ini, saat ini, apabila ustazah berkunjung ke sini, tersentap dengan kata-kata yang ditulis oleh safwan,amad,qila...yang mengharapkan kehadiran ustzh ke smkrm..

Ustazah sangat terkilan kerana tidak berkesempatan menziarahi kamu semua di sana sebelum ustzah pulang ke kampung. Ustazah kini sudah berada di Perlis setelah selesai 4 tahun pengajian di UKM. Rasa rindu menerpa dan ustazah tidak pernah lupakan kamu semua.

Adik2 pelajar yang ustazah kasihi,
Masing2 akan menduduki PMR dan SPM tahun ini kan? Gunakanlah peluang yang ada ini untuk belajar dengan sebaiknya kerana masa depan terletak di tangan kalian. Ustazah tidak pernah lupa untuk doa pada kamu semua. Ustazah menanti berita gembira dari kamu semua suatu hari nanti.

Moga ada pertemuan untuk kita lagi suatu hari nanti...
Hanya Allah yang tahu betapa rindunya ustazah pada adik2 pelajar ustzah yang amat dikasihi...

Amad,awak selalu mohon ustzh g smkrm lepas habis belajar...tp kalau ditakdirkan betul... bukankah ustzh yang akan paling sedih kerana kamu semua sudah pun habis belajar ketika itu..??

Semua permata hati ustazah..jagalah diri masing2 yea..
Jangan lupa doakan ustazah juga...

Terima Kasih kerana masih ingat pada ustazah walau sudah hampir setahun ustazah meninggalkan smkrm.

Tuesday, December 22, 2009

rindu kamu..

Assalamualaikum wrht..

Salam keceriaan untuk awak semua..pelajar2 yang masih sudi menjenguk ke ruangan ini..
dah lama ustazah tak update kat sini..terlalu sibuk semester lepas..

untuk pengetahuan awak semua, ustazah akan menjalani semester terakhir ustazah pada disember ini dan berakhir pada akhir April.Selepas itu ustazah tidak akan berada di Bangi lagi. Maka, besar harapan ustazah agar kita diberi kesempatan untuk bertemu dalam tempoh itu.

Untuk kelas 4 sains 1 - 4 akaun 1.. dan yang kenal ustazah..tahun depan awak akan menghadapi suatu peperangan ..- big war- dalam hidup awak..iaitu SPM..
oleh yang demikian..mulakanlah persiapan utk menghadapi peperangan itu dengan sebaiknya.
Tinggalkanlah perkara2 yg tidak berfaedah dan gantikan dgn yg bermanfaat..

Ingatlah antara resepi kejayaan ialah..

1. Redha Allah. Mesti jaga hubungan awak dengan Allah.
2. Redha Ibu bapa. Jaga ikatan awak dgn kedua ibu ayah. Buat baik pada mereka. Minta mereka doa utk kita.
3. Redha seorang guru. Sepanjang perjalanan mencari ilmu, jagalah hati guru kerana daripada merekalah kita mendapat ilmu.
4. Redha kawan2. Sentiasalah awak berlapang dada dengan rakan-rakan..kalau ada yang terlebih dan terkurang tu..maafkanlah mereka..

seterusnya semua ini mesti seiring dengan..

USAHA + DOA yang ikhlas + TAWAKKAL kepada Allah.

Mudah-mudahan kalian berjaya.

Pesanan ini juga adalah untuk pelajar2 Tingkatan 2 yang akan melangkah ke alam PMR tahun depan. Doa ustazah sentiasa bersama kalian..

Adik-adik pelajar yang ustazah kasihi..

ustazah sayang semua...!!