Tuesday, December 22, 2009

rindu kamu..

Assalamualaikum wrht..

Salam keceriaan untuk awak semua..pelajar2 yang masih sudi menjenguk ke ruangan ini..
dah lama ustazah tak update kat sini..terlalu sibuk semester lepas..

untuk pengetahuan awak semua, ustazah akan menjalani semester terakhir ustazah pada disember ini dan berakhir pada akhir April.Selepas itu ustazah tidak akan berada di Bangi lagi. Maka, besar harapan ustazah agar kita diberi kesempatan untuk bertemu dalam tempoh itu.

Untuk kelas 4 sains 1 - 4 akaun 1.. dan yang kenal ustazah..tahun depan awak akan menghadapi suatu peperangan ..- big war- dalam hidup awak..iaitu SPM..
oleh yang demikian..mulakanlah persiapan utk menghadapi peperangan itu dengan sebaiknya.
Tinggalkanlah perkara2 yg tidak berfaedah dan gantikan dgn yg bermanfaat..

Ingatlah antara resepi kejayaan ialah..

1. Redha Allah. Mesti jaga hubungan awak dengan Allah.
2. Redha Ibu bapa. Jaga ikatan awak dgn kedua ibu ayah. Buat baik pada mereka. Minta mereka doa utk kita.
3. Redha seorang guru. Sepanjang perjalanan mencari ilmu, jagalah hati guru kerana daripada merekalah kita mendapat ilmu.
4. Redha kawan2. Sentiasalah awak berlapang dada dengan rakan-rakan..kalau ada yang terlebih dan terkurang tu..maafkanlah mereka..

seterusnya semua ini mesti seiring dengan..

USAHA + DOA yang ikhlas + TAWAKKAL kepada Allah.

Mudah-mudahan kalian berjaya.

Pesanan ini juga adalah untuk pelajar2 Tingkatan 2 yang akan melangkah ke alam PMR tahun depan. Doa ustazah sentiasa bersama kalian..

Adik-adik pelajar yang ustazah kasihi..

ustazah sayang semua...!!

Saturday, September 26, 2009

SELAMAT HARI RAYA

Ustazah dan sahabat-sahabat baik + adik-adik

Salam EID FITR kepada semua pelajar-pelajar SMKRM yang mengenali ustazah..
Di atas kesempatan ini, ustazah mohon maaf atas segala salah dan silap
yang pernah ustzah lakukan terhadap anda semua.
Ustazah harap anda sudi memaafkan ustzah..

A Bunch of Thank You kepada anda semua yang masih ingat pada ustazah
dengan mengirim ucapan selamat hari raya menerusi SMS.
Ustazah amat menghargainya.

semoga ikatan yang terjalin antara kita semua
kekal dalam redha Allah s.w.t.

Harap kita dapat jumpa dan kumpul ramai-ramai buat
jamuan raya..hehe =)


Sunday, September 6, 2009

Jasa TIE dan BAJU dan KAIN anda..

Salam semua..
pelajar2 yang dikasihi..

Disini ustzh ingin berkongsi kegembiraan ustzh dengan anda..terutama anda yang telah menolong ustzh dengan kesudian meminjamkan pakaian sekolah anda..

Dengan izin dan ketentuan Allah,...Kumpulan Ustzh telah mendapat tempat pertama dalam FESTIVAL KESENIAN ISLAM PIPAQ 2009 untuk acara PENTOMEN dan ZAPIN SELOKA.

ALHAMDULILLAH.

Disini..ustzh nak berilah kredit kepada mereka2 yg terlibat meminjamkan barang2 tersebut..

First..tentulah Najuwah a.k.a wawa..
orang yg ustzh msg utk minta tlg kumpulkan baju dsb.
Thank u so much wawa...

Second..Khairie..org yg ustzh minta kumpulkan seluar sekolah lelaki..

Third..Hamizi..orang yg ustzh minta tlg kumpulkan TIE sekolah.

THen...Iqbal, Nadiah, Arafah, Aten,Helmi,..dan semua yg pinjamkan tp ustzh tak tau sape..
thanx so much..
semoga sumbangan kecil anda diredhai Allah..

Wallahualam.

Monday, August 24, 2009

Ramadhan Kareem..

gambar hiasan : ustzh ( TKP ) bersama maskot dan bendera team 'Netball'

Salam semua..

Apa khabar anda?

Apa khabar iman anda?

Apa khabar semangat anda?

Apa khabar semuanya di sana?

Ustzah sentiasa mendoakan kesejahteraan anda di sana. Hari ini sudah masuk 3 ramadhan yang mana sudah berlalu 2 hari yang sangat mulia. Ramai antara anda yang menghantar sms kpd ustzh mengucapkan selamat berpuasa. Terima Kasih.

Marilah sama-sama kita ( ustzah dan anda ) menyemarakkan bulan ramadhan ini dengan amalan2 yang baik. Mari bersama kita jadikan bulan ini tempat kita memperbaiki diri kita..

-dari tak solat kepada solat

-dari tak baca al-quran kepada baca al-quran

-dari tak tutup aurat kepada tutup aurat

- dari nakal kepada baik

-dari malas kepada rajin

-dari tak bersemangat kepada bersemangat
dan macam2 lagi.. Jom kita manfaatkan sepenuhnya bulan ramadhan ini. Kita tak tahu nasib kita sempat sampai ke ramadhan akan datang atau tidak. Betul tak? Kalau Allah nak ambil nyawa kita..bila2 pun boleh..ye tak?
Mudah2an kita bersama memperolehi pahala dan keberkatan Ramadhan ini. Doakan utk ustzh jg ya.!
ps:- to amad : janganlaa tak bersemangat nak belajar agama.. ustzh mmg tak ada..dan ustzh mmg takkan ajar amad lg..tp Allah tetap ada kan? Amad kena minta dgn Allah supaya amad diberi kerajinan dan kesungguhan k..teringat n rindu tak salah..cumanya part tak bersemangat tu kena betulkan skit...=).
Pesanan ini adalah untuk arafah dan semua yg felt the same way as 'em..

Monday, August 10, 2009

Ustazah di sini..

Pendidikan Islam + Pendidikan Al-Quran ( PIPAQ )

ustazah di booth fakulti Pendidikan..

Sunday, August 9, 2009

Apa khabar anda ?

Assalamualaikum wrht.

Dear all my precious students... apa khabar anda di sana? Sudah 23 hari kita tidak bersua muka. Wajah-wajah korang tetap segar dalam ingatan ustzah.. Pasti korang dah dapat result ujian prestasi tempoh hari kan? Mudah-mudahan anda semua mendapat keputusan yang baik. Doa ustzah sentiasa mengiringi langkah korang di sana. Mohon korang semua terus menembak doa untuk ustzh di sini. Kita sebenarnya sedang sama-sama berjuang untuk menuntut ilmu Allah di atas muka bumi ini. Kita sama-sama bertungkus lumus memenuhi fakulti akal kita yang dahagakan ilmu pengetahuan.

Harapan ustzh agar kita sentiasa memahami bahawa di celah-celah kesibukan kita mengejar tuntutan ilmu, kita punya tugas dan tanggungjawab dalam agama kita. Marilah kita menghidupkan nilai-nilai Islam dalam diri. Tegakkan Islam di dalam hati dan diri kita. Insya Allah kita akan sentiasa dalam perlindungan Allah swt.

Mudah-mudahan kita punya kesempatan untuk bersua.
Mudah-mudahan anda tidak melupakan ustzh..
Mudah-mudahan anda dan ustzh sentiasa dalam redhaNya.

Wallahualam.

Ustzh sayang semua!!

Monday, July 27, 2009

All the BEST

Kepada semua pelajar tercinta..
ALL the BEST untuk ujian prestasi anda..
Moga Allah permudahkan anda..
 

Akhirnya...

Setelah berhempas pulas melawan arus talian internet..semua gambar di taman rakyat versi Form4 berjaya di upload di ruangan ini...Alhmd.Harap semua berpuas hati dengan gambar yang dikongsi..

hari yang indah (5)










Hari yang indah (4)





























Hari yang indah (3)