Assalamualaikum wrht.
Dear all my precious students... apa khabar anda di sana? Sudah 23 hari kita tidak bersua muka. Wajah-wajah korang tetap segar dalam ingatan ustzah.. Pasti korang dah dapat result ujian prestasi tempoh hari kan? Mudah-mudahan anda semua mendapat keputusan yang baik. Doa ustzah sentiasa mengiringi langkah korang di sana. Mohon korang semua terus menembak doa untuk ustzh di sini. Kita sebenarnya sedang sama-sama berjuang untuk menuntut ilmu Allah di atas muka bumi ini. Kita sama-sama bertungkus lumus memenuhi fakulti akal kita yang dahagakan ilmu pengetahuan.
Harapan ustzh agar kita sentiasa memahami bahawa di celah-celah kesibukan kita mengejar tuntutan ilmu, kita punya tugas dan tanggungjawab dalam agama kita. Marilah kita menghidupkan nilai-nilai Islam dalam diri. Tegakkan Islam di dalam hati dan diri kita. Insya Allah kita akan sentiasa dalam perlindungan Allah swt.
Mudah-mudahan kita punya kesempatan untuk bersua.
Mudah-mudahan anda tidak melupakan ustzh..
Mudah-mudahan anda dan ustzh sentiasa dalam redhaNya.
Wallahualam.
Ustzh sayang semua!!
Sunday, August 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment