Permulaan minggu yang tak brapa happy
Oleh : Cik Nawal
Hari Isnin. Jam 11.20 am. Melangkah ke surau dengan bersemangat untuk bertemu pelajar-pelajar. Tiba di surau. Sepi. Tiada siapa.
" Kejap lagi datanglah tu.." pujuk hatiku.
Seminit dua. Muncul Arafah dan Eleena meletakkan beg dan meminta izin untuk ke kantin. ( kerana bertugas sbg pengawas ). Aku memberi izin. Kemudian melangkah 3 orang puteri dan 1 putera dari 4 Sains ke dalam surau. Suasana tetap sunyi.
" Eh, mana Hakim dan the gang ni?"
" Mana budak2 4 Sains 1 dan yang lain2 ni?"
Owh. Baru teringat bahawa hari ini ada jamuan untuk guru. Pasti mereka sangka tiada kelas hari ini. Dalam diam, aku masih berharap. Namun..hampa.
" Tak mengapalah. Allah tak izin laa ni.." Aku memujuk hatiku lalu mengedarkan nota yang telah kusediakan kepada mereka yang datang ke kelas. Hampir habis waktu, aku mengambil kesempatan merakam gambar mereka.
Loceng berbunyi. Melangkah pula Zuhair ke dalam surau.
" Dah habis waktu laa.." kami mentertawakannya.
" Mungkin ada hikmah pengajaran hari ini terganggu..." monologku sendiri.
Lalu, aku berborak sebentar dengan mereka yang enggan pulang ke kelas masing-masing.
Kukongsikan disini wajah-wajah pelajar yang sudi melangkah masuk ke surau di waktu aku ternanti-nanti kehadiran para pelajarku.

Safwan. Seorang je lelaki yang datang ke kelas.

Zuhair pulak datang lambat.

Mereka berdua saje yang ada...

Siapkan kerja cepat...ada masa lg nih..

Arafah....

Nurul Nadiah yang tak siap kerja ICT

Dua pesalah ditangkap kerana ponteng kelas Add Maths

Arafah yang "nakal" tp cute

Eleena...yang sudi masuk kelas.

Nurain sedang siapkan kerja rumah...
Kepada anda yang bergelar pelajar...
Masuk laa ke kelas anda ya. Jangan biarkan guru anda
ternanti-nanti kehadiran anda...=)