Sunday, June 28, 2009

12 Waktu...

Assalamualaikum wrht.

Bercakap tentang waktu teringat saya berkenaan dengan jumlah waktu mengajar saya semasa menjalani latihan mengajar di SMKRM. Demi mencukupkan jumlah waktu seperti yang diminta oleh pihak fakulti iaitu antara 12-16 waktu, saya telah ditugaskan untuk dua sessi. Ia dinamakan dua alam. Saya mengajar dua sessi iaitu pagi dan petang. Jadual masuk dan pulang dari sekolah juga adalah berlainan daripada orang lain.

Berikut adalah kelas yang terlibat iaitu...

Tingkatan 2 Kemahiran 1 - 2 Kemahiran 4.
Tingkatan 2 Kemahiran 5- 2 Kemahiran 8
Tingkatan 4 Sains 1 - 4 Akaun 1

Maka, saya dikehendaki menggantikan guru matapelajaran mereka untuk 12 waktu seminggu..
12 waktu inilah dihabiskan untuk mengaplikasikan segala yang telah dipelajari ketika di UKM, waktu ini jugalah untuk berkenalan dengan adik-adik pelajar, waktu ini juga dimuatkan dengan nasihat dan peringatan yang baik, juga perkongsian kata semangat supaya mereka lebih bermotivasi untuk mengamalkan Islam dalam kehidupan.

Wahai adik-adikku,..marilah bersama kita mengejar redha dan kasih-sayang Allah.

Wallahua'lam.

No comments: