Saturday, July 18, 2009

Sedihnya hati ini..

Hari itu datang juga..Hari terakhir aku bersama dengan adik-adik pelajar yang dikasihi..rasa sayu mengigit hati..namun kutahan dan kusabarkan hati.. melihat, merakam dan menanam setiap detik yang kulalui bersama mereka dalam diam...memang suatu yang berat..kerana tidak kuketahui bila pula aku dapat melihat mereka, bersama2 dgn mereka dan berkongsi cerita bersama mereka.

Pagi tadi bermula dengan jamuan bersama pelajar tingkatan 2 dan petang bersama dengan tingkatan 4. Lewat petang berakhir dengan rasa sayu. Pelbagai lagu dinyanyikan oleh mereka.. mengundang rasa pilu. Air mata Najuwah, Syahirah..Atikah..dan wajah suram yang lain turut membawa kepada terjatuhnya titisan air mataku..

Seusai semua majlis dan bersurai..dari rumah pelajar,..sebak memenuhi ruang dada..mata enggan bekerjasama..lalu membenarkan air mataku menitis saat memandu kereta.. Pedih. Ya..memang sakit apa yang kurasakan ini. Mereka pelajarku. Mereka juga sahabatku. Mereka adalah adik-adikku. Mereka baru kukenali dalam tempoh kurang 2 bulan. Namun, mereka seolah2 telah kukenali sekian lama. Pilu mengenangkan aku bakal meninggalkan mereka yang setia berkongsi cerita bersamaku. Sedih mengenangkan aku akan meninggalkan mereka yang setia belajar bersamaku.

Namun, ini adalah takdir yang harus kuhadapi dengan tabah. kerana aku juga mahu mereka tabah menghadapi perpisahan ini. Kepada semua, ustzah sayang korang sangat2. Moga korang menjadi seorang pelajar yang berguna suatu hari nanti. Rajin-rajin contact ustzah ya!...

Luv u all so much!!...

Maaf kerana malam ni ustzh tak sempat upload gambar2 tadi..
nantikan ya!

No comments: